Selenggaraan oleh PKBiT 2008.

ARKIB 2007
ARZ Equity buka cawangan di Sabah secara berperingkat-peringkat

New Sabah Times 22nd August, 2007

KOTA KINABALU: Syarikat ARZ Equity Sdn Bhd yang berasaskan pajak gadai secara Islam di negeri membuka cawangannya secara berperingkat-peringkat di seluruh negeri bermula Tawau, Lahad Datu, Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Syarikat itu yang baru menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) bersama Permodalan Kelantan untuk melaksanakan Sistem Francais Pergadaian Secara Islam Ar-Rahn di ibu negeri, kelmarin, menjangkakan pajak gadai berasaskan Islam akan mendapat sambutan terutama masyarakat Islam di negeri ini.

Pengarahnya, Zohari Mah-ur, berkata sebagai pilihan, pajak gadai Islam agak mudah serta menolak unsur riba, saksama membabitkan upah simpan, serta lelong terhadap barangan gadaian sebagai jalan terakhir sekiranya perjanjian gadai tidak diendahkan oleh pelanggan.
Menurutnya, kerjasama dengan Permodalan Kelantan ini dianggap sebagai tepat pada masa kerana ia dijangka dapat mengurangkan pergantungan orang ramai terhadap masalah ah long di negeri ini.

“Kami berharap pihak syarikat dapat membantu individu yang berpendapatan rendah serta pengusaha kecil untuk mendapatkan pinjaman segera yang popular di kalangan masyarakat termasuk di negeri ini,” katanya.

Beliau berucap pada majlis menandatangani perjanjian per-sefahaman dengan Kelantan Permodalan untuk Sistem, Fran-cais Pergadaian Secara Islam Ar-Rahn di sebuah hotel terkemuka di ibu negeri, kelmarin.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Permodalan Kelantan, Mohd Sabri Abdullah, Peng-arah Permodalan Kelantan, Wan Yahya Wan Salleh, kedua-dua mewakili syarikat pada perjanjian berkenaan, manakala ARZ Equity turut diwakili oleh Pengarahnya Hasbi Mahali.

Zohari berkata, sebagai syarikat Bumiputera tempatan sepenuhnya, MOU itu juga telah mengambil kira pelbagai kepentingan antara lain ia dilaksanakan secara sistematik dengan pihak Permodalan Ke-lantan dan telah diberi pengiktirafan oelh kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Katanya, dengan syarikat sebagai pemegang utama francais di negeri ini dan WP Labuan, pihaknya yakin kepercayaan pihak PKB bukan sahaja memberikan kemudahan pinjaman dan pajak gadai secara Islam, tetapi memberi peluang pekerjaan kepada pencari kerja tempatan.
“Hasrat utama kami ialah membantu mereka yang me-merlukan pembiayaan kewangan seperti pinjaman segera tanpa berasa tertindas,” katanya.

Beliau juga yakin, usaha syarikat ini untuk mengikis budaya masyarakat yang cenderung kepada pajak gadai untuk dapatkan pinjaman segera.

Sementara itu, Mohd Sabri semasa berucap berharap kerjasama itu akan membantu mengembangkan sistem pajak gadai secara Islam terutama di kalangan masyarakat berkenaan serta masyarakat lain.

Menurutnya, berdasarkan minat ramai terhadap pajak gadai sebagai sebahagian kemudahan untuk mendapatkan sumber dan pembiayaan kewangan, adalah perlu sistem Islam diperkenal dan digunakan bagi mengelak risiko terhadap peminjam.

“Paling penting sistem ini mengelak urus niaga yang tidak sesuai dengan masyarakat Is-lam itu sendiri atau masyarakat lain,” katanya.

Beliau juga yakin MOU dengan syarikat ARZ Sdn Bhd akan membantu mengembangkan sistem pajak gadai secara Islam di negara ini.
[2005] [2006] [2007] [2008]