Selenggaraan oleh PKBiT 2008
PENGENALAN
Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) adalah sebuah anak syarikat milik Permodalan Kelantan Berhad (PKB) iaitu salah sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) IQSB mula beroperasi pada 23hb Januari 1997 dan mula bergiat aktif pada awal tahun 2001.
Pada tarikh 27hb Oktober 1997, Kerajaan Negeri Kelantan telah memberi konsesi kepada syarikat IQSB untuk membuat ‘Common Trencing’. Pada tarikh 4hb Disember 1997 pula, Kerajaan Negeri memberi hak pembinaan Common Tower’ di Kelantan kepada Syarikat IQSB.
IQSB mengorak langkah lebih jauh apabila telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai badan penyelaras yang berkhidmat untuk menguruskan perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur
telekomunikasi di Negeri Kelantan atau lebih dikenali sebagai ‘One Stop Agency’ (OSA) yang bermula pada tarikh 2hb Oktober 2003.
Sebagai ‘One Stop Agency’, IQSB bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua menara-menara telekomunikasi yang dibina di seluruh Negeri Kelantan mematuhi garis panduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kerajaan Negeri.
IQSB juga memainkan peranan yang besar sebagai perunding (konsultan) bagi Celcom (M) Berhad, Maxis Broadband Sdn Bhd dan juga Telekom Malaysia Berhad. IQSB juga adalah pemaju Radio Base Station (RBS) bagi TM TOUCH SDN BHD (Kini dimiliki oleh Celcom (M) Berhad. Sebanyak sepuluh buah menara di bawah program ‘Tenureship Programme Agreement’ (TPA) TM TOUCH SDN BHD telah pun beroperasi.
Selain itu, IQSB juga merupakan perunding bagi kerja-kerja pengubahsuaian AR RAHN iaitu sebuah Syarikat Gadaian Islam milik Permodalan Kelantan Berhad.

Kini IQSB telah memasuki era baru dalam pertubuhannya di mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menganugerahkan lesen ‘Network Facilities Provider’ (NFP) kepada IQSB selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutuan supaya seluruh negara mendapat liputan penuh pada tahun 2005 dan 2006.