Dari Abdullah bin Abu Qatadah r.a, katanya:Abu Qatadah mencari seseorang yang berhutang kepadanya dan menghilangkan diri. Kemudian orang itu ditemuinya. Dia berkata kepada Abu Qatadah, Aku sedang dalam kesulitan. Maka berkata Abu Qatadah: Demi Allah! Demi Allah! Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Sesiapa yang ingin dibebaskan Allah dari kesulitan pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelapangan bagi orang-orang yang dalam kesulitan atau membebaskannya dari hutang.

pelawat sejak Julai 08

Hadith

Tabung Pelaburan 1

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi yang bersidang pada 13 Ogos 2009 telah bersetuju untuk memulakan Tabung Pelaburan 1 yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Permodalan Kelantan Berhad pada 20 Jun 2009.
Dengan ini, anggota-anggota Koperasi Permodalan Kelantan Berhad boleh memulakan pelaburan mereka mulai 23 Ogos 2009 bersamaan 2 Ramadhan 1430H dengan mengisi borang Tabung Pelaburan 1.
Borang boleh didapati di pejabat koperasi beralamat:-

Lot PT 448, Tingkat 1,
Jalan Kuala Krai,
Batu 3, Wakaf Che Yeh,
15150 Kota Bharu, Kelantan.


atau download borang di sini dan hantarkan ke pejabat koperasi seperti alamat di atas.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 09-741 4331 / 4334 atau emelkan ke koppkb@pkb.net.my.