Program Jaulah Musa'adah sempena Ihtiram Ramadan 1447/2026 oleh Akademi Permodalan
12 Ramadan 1447 / 2 Mac 2026
Akademi Permodalan Kelantan Berhad telah melancarkan Program Jaulah Musa'adah sempena Ihtiram Ramadan 1447/2026.
Program tahunan ini bertujuan untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan. Program ini melibatkan 35 cawangan Ar-Rahn seluruh negara dengan penyerahan sumbangan berbentuk makanan asas kepada 5 keluarga asnaf setiap cawangan.
Acara Flag Off telah disempurnakan oleh YBhg.Dato' Sr. Hj. Zamri Bin Hj Ismail Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, diiringi barisan pengurusan PKINK dan En Hassan Shukri Bin Hussein Pengurus Besar PKB.






