Kunjungan khas ke Pusat Perubatan An-Nisa' sempena Hari Jururawat 2026
Sempena sambutan Hari Jururawat, pihak Ar-Rahn Permodalan Kelantan telah mengadakan kunjungan khas ke Pusat Perubatan An-Nisa' sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan para jururawat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Dalam kunjungan tersebut, Pengurus Besar PKB, En Hassan Shukri Bin Hussein turut menyerahkan kek kepada para jururawat sebagai simbolik penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan frontliner yang sentiasa komited menjalankan amanah serta tugas dengan penuh dedikasi




