MAJLIS APRESIASI SRI SUKUK PKB: MELAKAR PENCAPAIAN BERPRESTIJ, MEMPERKASA KEWANGAN MAMPAN

Majlis Apresiasi SRI Sukuk PKB: Melakar Pencapaian Berprestij, Memperkasa Kewangan Mampan
KOTA BHARU, 13 OKTOBER 2026 – Permodalan Kelantan Berhad (PKB) terus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap kewangan Islam dan pelaburan mampan menerusi penganjuran Majlis Apresiasi SRI Sukuk PKB, bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.
Majlis penuh bermakna ini diadakan bagi meraikan dua pencapaian signifikan, iaitu pengiktirafan Penarafan Emas bagi Kerangka Kewangan Sosial serta kejayaan penerbitan SRI Sukuk bernilai RM35.0 juta, yang menjadi satu lagi mercu tanda penting dalam perjalanan korporat PKB.
Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato' Sr.Haji Zamri Bin Ismail.
Pencapaian berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan PKB dalam menerajui pendekatan pembiayaan yang inovatif, bertanggungjawab dan berteraskan prinsip kelestarian, selaras dengan aspirasi untuk memperkukuh pembangunan ekonomi serta mewujudkan nilai jangka panjang kepada masyarakat dan pihak berkepentingan.
Kejayaan ini juga mencerminkan sinergi strategik dan kerjasama erat antara PKB dengan pelbagai pihak yang terlibat, termasuk rakan institusi kewangan dan penasihat profesional, dalam merealisasikan inisiatif pembiayaan yang progresif serta berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepakaran, komitmen dan sokongan sehingga kejayaan ini dapat direalisasikan.
Sesungguhnya, pengiktirafan dan pencapaian ini bukan sekadar simbol kecemerlangan korporat, malah menjadi manifestasi iltizam PKB untuk terus melangkah maju sebagai entiti yang progresif, berintegriti dan berwawasan dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi Negeri Kelantan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang, sekali gus memperkukuh keyakinan pihak berkepentingan terhadap keupayaan PKB dalam menerajui inisiatif kewangan mampan pada masa hadapan.
 
Print