PROGRAM KASIH RAMADHAN 1444/2023M

Program Kasih Ramadhan 1444H /2023M
PASIR PEKAN, 10 April – Permodalan Kelantan Berhad (PKB) yang sentiasa prihatin dengan golongan yang memerlukan telah mengadakan Program Kasih Ramadhan bagi menyantuni anak-anak di Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah Pasir Pekan.
Sumbangan cenderahati dan duit raya kepada anak-anak telah disempurnakan oleh YABhg. Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabidah Binti Ab. Hamid, Isteri Menteri Besar Kelantan. Seramai 55 orang termasuk anak-anak dan tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis tersebut.
Semoga dengan pemberian sumbangan ini dapat menceriakan anak-anak untuk menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi.
Print