Sesi Kunjungan Mesra Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK , YBhg Dato’ Sr Haji Zamri bin Haji Ismail ke Permodalan Kelantan Berhad.
19 Februari 2024 / 9 SYAABAN 1445H
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBhg Dato' Sr. Haji Zamri bin Haji Ismail telah mengadakan sesi kunjungan mesra ke Permodalan Kelantan Berhad (PKB).
Kunjungan bertujuan sebagai sesi suai kenal di samping mengeratkan hubungan di antara Pengurusan Tertinggi Pkink dan anggota PKB. Ketibaan Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bersama rombongan dari Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK telah disambut oleh Pengurus Besar PKB, En Hassan Shukri bin Hussein bersama-sama anggota Pengurusan PKB.







