Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kumpulan PKINK 2021
KOTA BHARU, 26 Okt – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Penarafan Bintang 2021 di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu kelmarin. Majlis tahunan ini bertujuan bagi memberi penghargaan kepada anggota PKINK dan anggota Syarikat Anak serta Syarikat Anak yang telah mencapai prestasi yang tinggi dalam gerak kerja sepanjang tahun 2021. Tahniah diucapkan kepada Permodalan Kelantan Berhad berjaya mendapatkan Penarafan Tiga Bintang bagi tahun 2021.