Perasmian Ar-Rahn Semporna, Sabah oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan

Perasmian cawangan ke-9 di Sabah, Ar-Rahn Semporna

SEMPORNA, 3 Disember – Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB) telah membuka satu lagi cawangan baru pajak gadai Islam Ar-Rahn dan menjadikan Ar-Rahn Semporna cawangan yang ke 9 di Sabah dan telah beroperasi sepenuhnya pada November 2021.
Majlis perasmian cawangan telah berlangsung di perkarangan premis Semporna. Pembukaan cawangan dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Amar bin Abdullah selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kelantan Berhad, yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Print