Image
Sejarah Penubuhan Permodalan Kelantan Berhad

Permodalan Kelantan Berhad (PKB) merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang ditubuhkan pada 30 April 1981. Pada awal penubuhnanya, PKB merupakan sayap pelaburan (Investment Am) bagi PKINK. Kini menerajui sektor perkhidmatan dalam kumpulan PKINK.


PKB menubuhkan pajak gadai Islam yang dikenali dengan Ar-Rahn pada 12 Mac 1992 yang merupakan institusi gadaian Islam secara komersial yang pertama di Malaysia.
Ar-Rahn telah mengorak langkah untuk menjadi bukan sahaja pelopor tetapi peneraju perniagaan pajak gadai Islam di Malaysia. Sehingga kini PKB telah mempunyai 34 cawangancAr-Rahn yang beroperasi di Zon Kelantan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Sabah.