Image
Image

Mengenai Akademi Permodalan

Akademi Permodalan merupakan sebuah unit latihan di bawah Kumpulan Permodalan Kelantan Berhad yang ditubuhkan pada awal tahun 2009 untuk memperkasakan latihan kepada kakitangan sebagai kesinambungan daripada Institut Pembangunan Dan Pengurusan Insan (IPPI) sewaktu masa dahulu.
 
Di atas kesedaran pentingnya sebuah unit untuk menjalankan pelbagai latihan pengurusan dan kemahiran kepada kakitangan kumpulan PKB, Akademi Permodalan memulakan langkahnya pada Mac 2009 dengan matlamat yang jelas iaitu untuk membentuk warga kerja yang berkompetensi dalam aspek pengurusan dan perkhidmatan.
 
Kini Akademi Permodalan telah mengorak langkah sebagai sebuah Pusat Pembangunan Insan dengan menjadi peneraju latihan dan pembangunan insan kepada Agensi Kerajaan dan Swasta serta Badan Korporat dalam memenuhi kehendak dengan persekitaran kondusif.

Kursus & Latihan di tawarkan:-

Kursus Gold Appraiser Trainning ( GAT )

Program Gold Appraisser Trainning (GAT) yang dikendalikan oleh Akademi Permodalan , telah mendapat akreditasi penuh daripada Finance Accreditation Agency (FAA) iaitu sebuah badan jaminan kualiti bebas akreditasi antarabangsa yang disokong oleh Bank Negara Malaysia (BNM) &  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM).

Akreditasi

Berdaftar Dengan