Majlis Menandatangani Perjanjian Program Terbitan Sukuk Wakalah Bernilai RM300 Juta antara Permodalan Kelantan Berhad (PKB ) dengan Maybank Investment Bank Berhad.
Permodalan Kelantan telah meterai Perjanjian Terbitan Sukuk Wakalah RM300 juta pada 21hb November 2025 berlangsung di Hotel Renai Kota Bharu, Kelantan.
Perjanjian Program Terbitan Sukuk Wakalah bernilai RM300 juta antara Permodalan Kelantan Berhad (PKB), anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), dengan Maybank Investment Bank Berhad membuktikan keyakinan institusi kewangan terhadap potensi serta kestabilan ekonomi Negeri Kelantan.








